Skip to main content

Posts

ASAS PENGURUSAN KEWANGAN

Antara cabaran paling besar bagi pengusaha bisnes dengan lesen enterprise ialah pengasingan wang bisnes dan wang peribadi. Secara amnya, apabila kita sudah ada SOP dan proses asas pengurusan kewangan, kita akan memastikan SEMUA WANG MASUK akan direkodkan transaksinya dengan memasukkan semua wang itu dalam akaun bank bisnes. Semua pembayaran oleh pelanggan dan klien juga dibuat atas nama perniagaan BUKAN akaun peribadi. Memandangkan akaun di bawah pengurusan bisnes enterprise umpama akaun persendirian, maka, DISIPLIN yang kuat bagi pendiri bisnes mesti ada. 1. Tetapkan gaji khas yang pendiri bisnes akan ambil. RM2500? RM3000? RM5000? RM10000? Tentukan. Hanya nilai itulah yang boleh diambil oleh pendiri bisnes. TIADA AMBILAN tambahan. 2. Tetapkan perbelanjaan yang dibolehkan untuk pendiri bisnes gunakan. Contohnya, bil telefon, data internet, perbelanjaan keraian dan kos perjalanan untuk urusan bisnes. Sebaiknya, hadkan satu jumlah untuk setiap satu item, ATAU satu amaun &
Recent posts

Hal Pengurusan ASAS Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 2

Ini adalah sambungan daripada artikel sebelumnya. Selepas 3 atau  6 bulan beroperasi, kita akan nampak rentak bisnes kita ini. Ada pula sesetengah bisnes memerlukan 12 bulan untuk kita mula memahami setiap 'cycle' musim bisnes secara unik. Pada masa ini, penting untuk kita pastikan PENGURUSAN KEWANGAN dijalankan dengan baik. 1. Ada akaun bank atas nama bisnes enterprise. 2. Semua wang masuk dalam akaun bisnes enterprise itu. 3. Semua transaksi ada rekod. a. Wang masuk, mesti ada rekod invoisnya. Mesti ada rekond bank innya. b. Wang keluar, mesti ada rekod invois atau sebut harga daripada pembekal. Mesti ada rekod bayarannya. c. Penggunaan wang-wang lain mesti ada lejarnya. 4. Semua rekod difailkan. Ramai rakan pengusaha yang menjalankan bisnes dengan lesen enterprise, akan mula nampak potensi dan peluang dalam bisnesnya itu. Pada masa itu, kita akan memerlukan bantuan yang diberinama STAF. Ya. Bisnes kita sudah mula memerlukan pekerja supaya dapat memenuh

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba

MENDAFTAR BISNES DENGAN LESEN ENTERPRISE - Bahagian 2

Selepas kita sudah bersedia dengan bisnes yang mahu dijalankan, bolehlah kita mendaftarkan lesen perniagaan untuk tujuan itu. Ya. Memulakan bisnes dengan lesen enterprise boleh menjadi platform pertama untuk bermula dengan mudah dan lebih cepat. Antara cara mengurus risiko penting memulakan bisnes dengan lesen enterprise ialah: 1. Bisnes yang kita mulakan mestilah tanpa memerlukan sebarang pinjaman. 2. Bisnes yang kita mulakan tidak melibatkan partnership atau perkongsian modal. Sekiranya ada, mestilah disediakan dengan perjanjian persetujuan status modal dan partnership. Sekiranya pertama kali, dan masih tidak pasti, buatlah lesen sebagai pemilik tunggal dahulu. MANDAFTARKAN LESEN BISNES - Enterprise Maklumat dan cara teknikal bagi mendaftarkan bisnes dengan lesen enterprise dengan mudah dapat difahami apabila kita melayari www.ssm.com.my Bagi pendaftaran, boleh dilakukan secara online atau offline. Sekiranya online perlu masuk ke www.ezbiz.ssm.com.my Perlu daftar

MULA BISNES DENGAN LESEN ENTERPRISE - Bahagian 1

Ramai yang bercerita dan berbincang tentang memulakan bisnes. Sama ada selepas berhenti kerja, atau perlu memilih VSS atau sebarang 'voluntary separation scheme' yang ditawarkan oleh majikan, memulakan bisnes sendiri adalah satu pilihan. Ramai juga yang memilih untuk bermula dengan bisnes yang lebih mudah dimulakan seperti menjual sebagai ejen atau 'dropshipper' atau yang seumpama dengannya. Sebenarnya, apa juga pilihan, merupakan satu keputusan juga. Bagi yang mempunyai kemahiran, mereka lebih bersedia memulakan bisnes yang menggunakan kemahiran masing-masing. Ini seperti, memasak, menjahir, menggubah, mengurus akaun, menulis dan seumpamanya. Ada juga sebahagian yang menggunakan wang pampasan untuk belajar kemahiran baru. Kemahiran yang membolehkan mereka memulakan bisnes secara kecil-kecilan. Pada masa inilah, ada baiknya memulakan bisnes dengan menggunakan lesen enterprise dahulu. Tidak kira sama ada jualan kecilan atau yang agak sederhana besar, ini lebih

MEDIA SOSIAL dan KEHIDUPAN

Minggu ini, minggu pertama selepas cuti yang panjang. Seperti biasa, kita akan bergelumang semula dengan rutin kerja dan jadual harian. Sekiranya tidak ada rutin pejabat, paling tidak rutin di rumah, sudah tentu perlu diteruskan juga. Apabila kita melihat semula keadaan semasa, kita memang perlu banyak berusaha. Bertawakkal dan banyak berdoa. Dalam apa juga yang kita lakukan, sama ada kita ini lelaki atau perempuan, apabila kita percaya bahawa Allah itu satu, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, maka kita punya tanggungjawab yang sama. Ada rukun iman dan rukun islam yang mesti dipenuhi. Sebagai orang Islam, kita beruntung apabila adanya yang dipanggil 'fardhu kifayah'. Dengan itu, dalam keluarga, masyarakat dan negara kita, tidak akan ada yang ketinggalan. Pun begitu, bagi orang yang bekerjaya sama ada dalam bisnesnya atau syarikat bisnes bersama, hal-hal bercerita tentang amalan dan hal agama, kita tidak ketengahkan. Bagi ramai di antara kita, kita mahu membahagikan tu

IMPIAN dan REALITI HIDUP

Bermimpi itu percuma. Teruskanlah berimpian. Impian itulah yang menjadikan kita hidup menjadi manusia. Ya. Semua orang punya impian. Sama ada ianya impian untuk diri, pasangan, keluarga dan masyarakat, ia meurpakan impian yang yang kita bina. Setiap individu mempunyai impian masing-masing. Malah, impian kita mungkin berkajang-kajang banyaknya. Dalam kehidupan, impian yang disusunkan dengan pelan tindakan, lebih mudah dicapai. Malah biasanya, impian ini menjadi antara faktor yang menyebabkan kita mempunyai 'the big why' dalam apa yang kita lakukan. Pada masa yang sama, realiti merupakan satu situasi yang sering menjadikan impian itu terlaksana. Merealisasikan impian, itulah realitinya. Pun begitu, dalam konteks kehidupan dan kerjaya, saya sendiri  sering melalui situasi untuk memilih. Memilih impian yang mana satu yang perlu dicapai dahulu. Pelan tindakan yang mana yang perlu saya jalankan dahulu, yang mana boleh dikemudiankan. Pada masa yang sama, penilaian perlu